Monday, June 6, 2011
Apa itu Blogwalking ?
Blogwalking merupakan satu kaedah untuk menarik mahupun meningkatkan trafik ke laman blog. Secara ringkasnya,blogwalking merupakan satu kaedah dimana kita pergi melawat dan meninggalkan jejak di kotak chat berserta jejak kita . Jejak yang ditinggalkan berupa dalam bentuk url blog (dalam bentuk http://abcdefgh.blogspot.com) sama ada secara terang atau tersembunyi.

Mengapa perlu tinggalkan URL ? Hal ini penting kerana dari jejak/komen yang ditinggalkan di blog yang dilawati akan menyebabkan berlakunya backlink dan boleh menarik masuk pula pelawat lain untuk memasuki blog/web kita sebaik mereka klik pada link URL yang telah ditinggalkan. Bukan sahaja dari pemilik blog yang dilawati sahaja, malahan jika terdapat pelawat lain yang memasuki blog tersebut dan ternampak link yang kita tinggalkan, mereka turut akan klik dan bakal membawa mereka masuk ke blog/web kita pula .

Hasilnya, jika anda ingin mempromosikan produk/blog niaga anda, ini bakal memudahkan anda dalam usaha untuk memastikan blog/web niaga anda diketahui umum . Seterusnya dapat melipat gandakan bilangan pelanggan anda :)



Contoh contoh chatbox :


Shoutmix.com




Oggix.com


Cbox.com






Written 7:43 PM


Blogwalking Services
Hello dan Assalamualaikum .

Disini kami menyediakan perkhidmatan blogwalking untuk mempromosikan web/blog niaga dan personal anda . Blogwalking kini menjadi satu medium untuk saling berinteraksi antara pengguna internet seluruh dunia . Oleh itu, disamping dapat mempromosikan blog/web anda , anda juga bakal dapat meningkatkan trafik web/blog niaga anda . Apa yang penting ialah anda cuma memerlukan chatbox di dalam web/blog anda sahaja . Mudah bukan ?
Written 7:32 PM